23 January, 2014

Bayaran PIBG 2014

Pihak pengurusan sekolah dengan sokongan AJK PIBG telah menetapkan kutipan bayaran PIBG 2014 diuruskan oleh kerani pejabat dan bukan lagi diuruskan oleh guru kelas.

Kaedah ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan kerja perkeranian guru-guru kelas supaya masa yang lebih dapat ditumpukan kepada pembelajaran anak-anak kita.

Ibu bapa atau penjaga boleh mula membuat bayaran RM30 tersebut mulai sekarang di pejabat sekolah SKTPP2.

Harap maklum dan terima kasih kepada yang telah melunaskan tanggungjawab anda - YDP

20 January, 2014

Memupuk minat membaca ala-Malaysia

Kebelakangan ini, kita dapat rasakan minat membaca buku di kalangan anak-anak kita kian merosot. Apa tidaknya, keseronokan menonton televisyen,berinternet dan bersms seakan-akan menjadi trend dan budaya masa kini.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita harus sedar bahawa ledakan teknologi maklumat dan media eletronik ini hendaklah diseimbangkan dengan memupuk minat anak-anak kita supaya rajin membaca buku.

Anak-anak di negara yang maju seperti di Finland, Jepun dan Korea malah di negara China sekali pun telah dipupuk minat membaca seawal usia muda mereka walau pun dikelilingi dengan teknologi yang serba canggih dan moden.

Si kecil ini akan membaca dan membelek apa sahaja bahan bacaan semasa mereka berada di dalam bas, tren dan di tempat-tempat awam.

Melalui program NILAM, sekolah kita juga ingin melihat budaya membaca ini terus dipupuk dan berkembang pesat. Kekangannya ialah kurangnya koleksi buku di sekolah.

Saya menyeru semua ibu bapa untuk tampil memberi sumbangan buku cerita baru atau terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada pihak sekolah.

Sumbangan boleh terus disalurkan ke pejabat sekolah atau Pusat Sumber Sekolah atau kepada guru kelas anak-anak kita, mulai 3 Februari 2014.

Semoga sumbangan buku yang anda hulurkan diberkati Allah dan memberi manfaat yang besar kepada perkembangan pembelajaran anak-anak di SKTPP2.

Terima kasih...YDP

13 January, 2014

Mendidik cara rasulullah saw...

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat sktpp2!



Berapa ramaikah anak baginda rasulullah saw?

Bagaimanakah cara yang dipraktikkan oleh baginda untuk mendidik anak?

Tonton klip petikan TV Alhijrah...Klik Sini

Untuk ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun 6 khususnya, tips dan panduan secara sistematik memantau perkembangan pelajaran anak-anak boleh di dapati di dalam laman web ini - Rujuk Buku Panduan Ibu Bapa - YDP

02 January, 2014

Adakah anda atau anak anda Disleksik?

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga sekolah SKTPP2 dan selamat menyambut tahun baru 2014.

Semoga tahun ini, kita semua beriltizam untuk bertambah maju dalam semua aspek dari tahun sebelumnya.

Semasa cuti yang lalu, terlintas di fikiran saya bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran guru dan ibu bapa bagi menanggani permasalahan anak-anak kita dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Salah satu sindrom yang mungkin biasa kita dengar ialah kesukaran anak kita membaca, mengeja dan menulis diperingkat awal persekolahan.

Apakah kebarangkalian bahawa populasi sekolah kita mempunyai anak-anak sedemikian?

Kajian menunjukkan lebih kurang 10% daripada populasi pelajar berkemungkinan mengalami sindrom sukar membaca yang dikenali sebagai Disleksia. Ini bermakna sekiranya sekolah kita mempunyai 1,700 orang pelajar maka berkemungkinan 170 orang daripadanya adalah Disleksik!

Apakah itu Disleksia? Ingin ketahui lebih lanjut mengenainya? Hubungi saya...

YDP