20 January, 2014

Memupuk minat membaca ala-Malaysia

Kebelakangan ini, kita dapat rasakan minat membaca buku di kalangan anak-anak kita kian merosot. Apa tidaknya, keseronokan menonton televisyen,berinternet dan bersms seakan-akan menjadi trend dan budaya masa kini.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita harus sedar bahawa ledakan teknologi maklumat dan media eletronik ini hendaklah diseimbangkan dengan memupuk minat anak-anak kita supaya rajin membaca buku.

Anak-anak di negara yang maju seperti di Finland, Jepun dan Korea malah di negara China sekali pun telah dipupuk minat membaca seawal usia muda mereka walau pun dikelilingi dengan teknologi yang serba canggih dan moden.

Si kecil ini akan membaca dan membelek apa sahaja bahan bacaan semasa mereka berada di dalam bas, tren dan di tempat-tempat awam.

Melalui program NILAM, sekolah kita juga ingin melihat budaya membaca ini terus dipupuk dan berkembang pesat. Kekangannya ialah kurangnya koleksi buku di sekolah.

Saya menyeru semua ibu bapa untuk tampil memberi sumbangan buku cerita baru atau terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada pihak sekolah.

Sumbangan boleh terus disalurkan ke pejabat sekolah atau Pusat Sumber Sekolah atau kepada guru kelas anak-anak kita, mulai 3 Februari 2014.

Semoga sumbangan buku yang anda hulurkan diberkati Allah dan memberi manfaat yang besar kepada perkembangan pembelajaran anak-anak di SKTPP2.

Terima kasih...YDP

No comments: