26 March, 2015

Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) & Klinik Bolasepak SKTPP2



Jangan ketinggalan! Datanglah beramai-ramai ke;

Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) & Klinik Bolasepak SKTPP2

28 Mac 2015

8.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Program ini akan dirasmikan oleh Coach Dollah Salleh (pengendali skuad Harimau Malaya)



Klinik bolasepak akan dikelolakan oleh Coach Redzuan Abu Shah(Jurulatih PKNS FC) bersama-sama jurulatih lain:

Ismail Zakaria (Jurulatih Sime Darby FC) dan ikon-ikon bolasepak seperti Asmawi Bakiri, Faizal Zainal, Azlisham Ibrahim, Azlan Meri, Azrin Shah Zainal, Yazid Yassin dan Farid Dewan.

SKTPP2 mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan komuniti setempat.

Program 2-dalam-1 ini dianjurkan oleh PIBG-KSIB SKTPP2 bersama TV3, Berita Harian, NST, Harian Metro, Sinar Harian dan Kosmo.

06 February, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6

Ibu bapa Prihatin Murid Cemerlang!



Bersama-samalah kita menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 sekolah kita;

Tarikh: 8 Februari 2015 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Tempat: Dewan Terbuka SKTPP2


Telus dan ikhlas bermuafakat membawa berkat - YDP

07 November, 2014

Jom ramai-ramai ke Karnival Usahawan SKTPP2!

Karnival Keusahawanan anjuran PIBG SKTPP2 2014

Tarikh: 8/11/2014 (Sabtu)
Masa : 8.00pg - 2.30ptg
Tempat: Perkarangan SKTPP2


Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival.
Pelbagai gerai jualan dan permainan akan diadakan sempena karnival tersebut.
Jom kita menjamu selera sambil menyaksikan anak-anak cilik SKTPP2.

08 September, 2014

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat kali ke-2 (UPSR)

Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan jayanya semoga semua calon UPSR 2014 SKTPP2 memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru dan ajk PIBG/KSIB yang hadir menjayakannya - En. Idris Hussain, YDP.

Gambar-gambar semasa majlis..


serta trofi kejayaan PIBG sekolah..

19 May, 2014

Gambar-gambar sekitar Program BOOST (Siri 1)

Basic hands-On Offerings in Science and Technology atau singkatannya, BOOST untuk ibu bapa SKTPP2!

Ramai ibu bapa yang terlepas peluang berseronok sambil menimba ilmu di dalam program BOOST anjuran PIBG ini. Kemungkinan ramai yang sibuk bekerja atau terlepas pandang peri pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa meluangkan masa bersama PIBG dan ibu bapa yang lain di sekolah.

Walau bagaimanapun, nantikan ulangan program BOOST pada masa terdekat dan rasailah kemeriahannya!



Apa kata mereka?

Saya berpendapat program BOOST ini..

"Sangat bagus, menarik!"

" Sangat membantu kepada ibu bapa berkongsi bersama anak-anak di rumah berbincang perkembangan tentang sains dan matematik"

"Pelajar lebih suka dengan pembelajaran dilakukan secara praktikal"

"Saya setuju untuk kebaikan anak-anak di SKTPP2. Bagi memupuk minat anak mempelajari sains dan matematik. Kita berkongsi minat anak-anak. Berbincang dengan guru-guru harus."

"Sangat bagus tapi mesti melibatkan semua ibu bapa. Maklumat tidak sampai kepada ramai ibu bapa."


Catatan daripada, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa - KSIB PIBG SKTPP2