16 November, 2012

Salam Maal Hijrah, Cuti, Peperiksaan dan Keputusan UPSR 2012

Cuti sekolah sudah pun bermula. Ujian dan Peperiksaan sekolah rendah telah pun selesai malah pihak sekolah baru-baru ini telah pun menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang bagi mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Musim cuti sekolah sebegini, besarlah harapan semoga ibu bapa dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Banyak program ilmiah, kem cuti sekolah dan motivasi yang dianjurkan oleh komuniti, masjid atau pun pihak sekolah. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya.

Tahniah kepada semua pihak yang telah manjayakan Hari Anugerah Cemerlang kali ke-3 yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mahmud Bin Karim, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Berkenalan dengan Tn. Hj. Mahmud, mengimbau kembali betapa murninya profesion perguruan suatu ketika dahulu. Secara peribadi, saya menganggap beliau sebagai seorang guru mithali yang kini memikul mandat sebagai pemimpin kepada 60,000 orang guru di negeri Selangor.

Apa yang boleh saya simpulkan daripada ucapan beliau semasa majlis tersebut ialah:

1. Murid mesti sentiasa kenang jasa guru, ibu dan bapa. Selalulah ucapkan "terima kasih" kepada mereka. Tanpa mereka, siapalah kita.

2. Ibu dan bapa perlu mengetahui minat dan kecenderungan anak kerana tidak semuanya cemerlang dalam akademik tetapi mungkin cemerlang seni, sukan dan kemahiran. Kini, peluang untuk ke sekolah-sekolah seni, sukan dan kemahiran terbuka luas. Jangan terlalu "memaksa" anak untuk mengejar A dalam akademik semata-mata.

3. Sekali menjadi guru, selamanya guru. Begitulah dalamnya falsafah peribadi untuk menjadi seorang guru berketrampilan yang bukan didorong dengan ganjaran, wang ringgit dan pujian. Didiklah anak bangsa seikhlas mungkin, ROI (return on investment)nya besar di akhirat!

4. Ibu bapa dan komuniti mestilah selalu bekerjasama dan lebih terbuka menangani segala bentuk cabaran dan permasalahan yang mendatang.

Sikap keterbukaan dan jiwa perguruan yang kental yang ditonjolkan oleh Tn. Hj. Mahmud ini perlulah menjadi contoh semua pihak bagi memastikan kecemerlangan sekolah yang kita sayangi ini.

Keputusan UPSR yang bakal diumumkan pada tanggal 19 November 2012 ini, sekali lagi akan menjadi kayu pengukur kejayaan sekolah. Secara tidak langsung ia juga mencerminkan sejauh mana kita sebagai warga pendidik dan ibu bapa bersama-sama komited melunaskan tanggungjawab kita masing-masing terhadap anak dan sekolah.

Salam Maal Hijrah 1434!

04 September, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Selamat Hari Merdeka, Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Mungkin tidak terlambat pihak kami, barisan AJK PIBG, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada seluruh warga SK Taman Putra Perdana 2 termasuk staf, murid dan ibu bapa.

Ucapan SELAMAT HARI MERDEKA ke-55 juga ditujukan kepada kita semua, semoga perpaduan di antara kita tetap utuh dan sentiasa mengangkat martabat negara kita yang tercinta ini.

AJK PIBG juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR kepada semua murid tahun 6. Kami mendoakan semoga penat lelah adik-adik termasuk staf, guru dan ibu bapa membuahkan hasil yang cemerlang.

14 May, 2012

Selamat Hari Guru! Cikgu...

Mungkin kita semua boleh mengimbas kembali detik-detik manis semasa zaman persekolahan dahulu. Mungkin kita pernah dirotan, dicubit dan tidak kurang juga dipuji, di beri hadiah dan sebagainya. Biar apa pun, yang pastinya, tanpa mereka kita tidaklah mampu mencapai tahap seperti yang kita kecapi sekarang ini. Selamat Hari Guru! Cikgu...



Guru juga manusia biasa seperti kita yang mempunyai perasaan dan emosi serta tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, dewasa ini bidang perguruan semakin mencabar kewibawaan guru. Mereka terpaksa menangani setiap bebanan dan permasalahan kerja dan pada masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian terhadap kecemerlangan anak didik mereka dengan lebih berhati-hati dan profesional. Silap sahaja langkah, maka ia akan mengundang pelbagai prasangka.

Sebaliknya, kita sebagai ibu bapa perlulah menghormati, memberi ruang dan peluang kepada guru untuk mengasah bakat anak-anak kita hingga berjaya. Pada masa yang sama, kita haruslah membudayakan sikap keterbukaan dan selalu berjumpa dengan guru-guru bagi menjayakan setiap aspirasi dan aktiviti sekolah. Hanya dengan terjalinnya hubungan kemesraan ini, secara tidak langsung akan mendorong anak-anak kita untuk menimba ilmu pengetahuan dan bersemangat ke sekolah.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Hari yang penuh makna ini,PIBG buat pertama kalinya mewujudkan Anugerah PIBG - Guru Paling Popular kategori Lelaki dan Perempuan untuk kedua-dua sesi pagi dan petang. Semua pelajar diberi peluang mencalonkan guru paling popular mereka dan keputusan hanya akan diketahui pada 16 Mei 2012.

Sempena Hari Guru 16 Mei ini, saya mewakili semua ibu bapa dan penjaga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Taman Putra Perdana 2. Semoga perjuangan dan pengorbanan cikgu-cikgu akan sentiasa diberkati Allah swt. Berinovatiflah, agar pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang cikgu laksanakan, sentiasa mendapat perhatian pelajar dan menaikkan nama sekolah kita, insyaAllah.

YDP & AJK PIBG 2012/13

10 April, 2012

Mesyuarat PIBG Kali Ke-2

Mesyuarat telah diadakan pada 23 Mac 2012 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah pada pukul 8.00 malam. Beberapa aktiviti tambahan telah dirancang selain daripada aktiviti yang tersenarai sebelum ini.

1. Hari Guru - 16 Mei
2. Hari Gotong Royong Sedunia - 16 Jun
3. Majlis Makam Malam - 30 Jun
4. Program Jom Pi Sekolah - akan ditentukan kelak

Bayaran PIBG

a). Surat makluman bayaran PIBG telah diedarkan dan seramai 592 daripada jumlah keseluruhan 1072 keluarga telah membuat bayaran. Surat makluman kali kedua diedarkan pada awal bulan April.
b). AJK bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran kepada 13 orang anak Yatim At-taqwa serta menyemak senarai keluarga yang miskin untuk dikecualikan daripada bayaran PIBG.

Perbelanjaan PIBG (mulai 18 Feb hingga 22 Mac)

a). Aktiviti Panitia Agama Islam - RM500
b). Surat-surat Edaran - RM171

Prasarana Sekolah

a). Perkara kritikal yang akan diberi perhatian ialah menaiktaraf susur pejalan kaki di hadapan sekolah dan kantin serta membaiki bucu anak tangga sekolah yang telah tanggal.

b). Melantik Warden Trafik Sekolah bagi mengawal lalu lintas murid semasa waktu pergi dan pulang dari sekolah.

Sumbangan dan Dana PIBG

a). PIBG telah menerima insentif Perdana Menteri pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat 18 Mac lalu, sebanyak RM3000 dan akan dibayar melalui Pejabat Pelajaran Daerah.
b). Sebuah projektor multimedia telah disumbangkan oleh salah seorang AJK PIBG iaitu En. Hussein Bin Sulaiman pada 23 Februari lalu.
c). Makan minum untuk mesyuarat kali ini disumbangkan oleh En. Amerol Hamzah Bin Said, NYDP PIBG.
d). YDP PIBG menyumbang RM50 untuk kerja kesetiausahawan PIBG untuk bulan Februari dan Mac.

Sekiranya tuan/puan atau syarikat tempat tuan/puan bekerja ingin menyumbang kepada dana PIBG sekolah, sila berhubung terus dengan mana-mana AJK PIBG sekolah. Surat memohon sumbangan dana telah pun disediakan untuk tujuan tersebut.

28 February, 2012

Mesyuarat PIBG kali pertama 2012/13

Sebaik sahaja barisan AJK PIBG diberi mandat pada Mesyuarat Agung 18 Feb lalu, maka perjumpaan kali pertama telah diadakan pada 22 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP 2. Di antara matlamat penting perjumpaan tersebut ialah untuk saling kenal mengenali di antara AJK, guru dan pentadbir; disamping menanam iltizam ke arah kecemerlangan murid dan sekolah.

Tak kenal maka tak cinta...dan mungkin sukar untuk mengelolakan aktiviti secara muafakat, kalau tidak saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Jom Baca! Artikel menarik semasa Konvensyen PIBG Kebangsaan

Bayaran PIBG RM30 dan Surat Mohon Sumbangan Syarikat Swasta/Korporat

Surat makluman bayaran PIBG sudah mula diedarkan. Bayaran sebanyak RM30.00 tersebut hendaklah diserahkan terus kepada guru kelas melalui anak tuan/puan.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sumber lain seperti syarikat korporat dan swasta, komputer terbaru/terpakai, buku-buku atau sebagainya untuk menambahkan dana serta kemudahan PIBG kita, maka tampillah berbuat demikian. Rebutlah peluang ini! Tuan/puan boleh berhubung terus dengan Guru Besar dan YDP atau mana-mana AJK PIBG yang tuan/puan kenali.

Solat Hajat & Bacaan Yassin 1

Alhamdullillah, majlis ini telah berjalan lancar pada 23 Februari lalu disertai oleh ramai ibu bapa dan murid tahun 6. Semoga aktiviti kerohanian sebegini mendekatkan lagi kita sebagai ibu, bapa, guru dan murid dengan Maha Pencipta. Doa dan zikir yang dilakukan secara istiqamah, insyaAllah, dapat menajamkan fikiran dan memberi ketenangan kepada anak-anak kita menelaah pelajaran.

Sekiranya tuan ingin infaq (sumbangan/sedekah) dalam bentuk sejadah, tikar getah, Al-Quran, Muqaddam, Surah Yassin, tasbih dan sebagainya untuk aktiviti kerohanian/pendidikan islam sekolah; Inilah masanya, menimba pahala!Hubungi kami; Guru Besar, YDP atau mana-mana AJK PIBG.

Aktiti Sekolah dan PIBG 2012

PIBG akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menganjurkan aktiviti bukan sahaja bermanfaat kepada anak didik kita malah ibu, bapa, guru dan komuniti.

Berikut adalah aktiviti tentatif yang akan dijalankan sepanjang tahun ini, disamping beberapa program atau projek kelolaan PIBG dan komuniti yang akan diumumkan dalam masa terdekat.Tuan/puan bolehlah mula merancang untuk bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut;

1. Solat Hajat & Yassin 1: 19 Feb
2. Kem Bestari Solat 1: 25 Feb
3. Merentas Desa: 24 Mac
4. Kem Bestari Solat 2: 12 Mei
5. Hari Guru: 16 Mei
6. Jalinan Mesra 1: 25 Mei
7. Sukan Tahunan: 01 Julai
8. Kem bestari Solat 3: 28 Julai
9. Tadarus Al-Quran: 23 Julai-17 Ogos
10. Khatam Al-Quran: 27 Ogos
11. Solat hajat & Yassin 2: 06 Sep
12. Kem Bestari Solat 4: 22 Sep
13. Perkhemahan Unit B/Uniform: 21-21 Sep
14. Karnival Sukan: 22-24 Okt
15. Jalinan Mesra 2: 29 Okt
16. Hari Ko-kurikulum: 30 Okt
17. Hari Anugerah & Graduasi: 09 Nov


Nota: UPSR (11-13 Sep) & Keputusan UPSR (8 Nov)

20 February, 2012

AJK PIBG 2012/2013

Mesyuarat Agong PIBG SKTPP 2 kali ke-3 yang diadakan pada 18 Februari 2012 yang lalu, telah sebulat suara melantik AJK PIBG yang baru untuk sesi 2012/2013.

Harapan semua ahli PIBG yang hadir agar barisan AJK PIBG yang baru ini akan meneruskan usaha murni AJK PIBG yang lama serta menambahbaik segala aktiviti yang dirancangkan demi kecemerlangan murid, sekolah dan warganya.

Tahniah diucapkan kepada semua ibu, bapa dan guru yang dilantik mewakili warga PIBG. Berikut adalah senarai penuh barisan AJK yang baru:

Ahli Jawatankuasa PIBG SKTPP 2
Sesi 2012/2013


Yang Dipertua : En. Mohd Faiz Bin Mat Isa (019-2104341)
Naib Yang DiPertua : En. Amerol Hamzah Bin Said (016-2630191)
Setiausaha Kehormat : Cik Noraini Binti Yusoff (014-8021329)
Bendahari Kehormat : Pn. Siti Baizura Binti Saarani

AJK PIBG (Ibu bapa):
1. En. Hussein Bin Sulaiman (014-2346010)
2. En. Norhisham Bin Ibrahim (012-9777973)
3. En. Zulkarnain Bin Othman (013-3911821)
4. Pn. Che Maria Binti Harun (016-2026433)
5. En. Shaifol Azmi Bin Osman (013-3657720)

AJK PIBG (Guru):
1. Pn. Tuan Norhaleza Binti Raja Muhammad
2. Pn. Zulastri Binti Mohd Zahidi
3. Cik Margaret Ann A/P Arputham
4. En. Rosmadi Bin Abd Manaf
5. En. Mohd Kamarulzaman Bin Ab. Ghani

Juruaudit (Ibu bapa) : Pn. Azlimariah Binti Ariffin
Juruaudit (Guru) : En. Hamidon Bin Haji Kaswan