11 November, 2011

Sesi persekolahan 2011 dah nak tutup tirai...apa cerita?

Tidak lama lagi cuti sekolah. Pastinya khabar gembira buat anak-anak kita. Masa inilah untuk mereka "menenangkan fikiran" dan berseronok.

Tetapi mungkin lain pula perasaan yang ditanggung oleh ibu bapa. Banyak yang hendak difikirkan pada waktu cuti sekolah sebegini. Adakalanya kita menjadi bertambah runsing dibuatnya.

Biar apa pun perancangan kita, sebaik-baiknya kita menoleh kebelakang seketika untuk menilai prestasi kita mendidik anak-anak yang dikasihi. Yang lemah mungkin boleh diperbaiki lagi dan faktor kejayaan boleh dijadikan sandaran untuk perancangan tahun hadapan.

Sehubungan itu, AJK PIBG menyeru para ibu bapa dan guru supaya dapat memberikan pandangan dan komen ikhlas mengenai perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak kita agar sekolah TPP2 ini berkembang maju lagi di masa hadapan.

Terima kasih.

06 October, 2011

Karnival Keusahawanan SKTPP2 2011

Apa tunggu lagi?

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba - KARNIVAL KEUSAHAWANAN !!

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan suasana aktiviti; perhatikan bagaimana anak anda berniaga atau pun tawar menawar sewaktu membeli. Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik disajikan seperti Rumah Hantu, Taman Arnab, Paintball, Karaoke, Golfing, Aneka makanan/minuman, Cabutan Bertuah dan ...bak kata orang, macam-macam ada!

9 Oktober 2011 (Ahad)
8.00 pagi hingga 3.00 petang
SKTPP 2


Semua urusan jual-beli menggunakan kupon khas. Kupon boleh dibeli semasa karnival.

Berbelanjalah sambil membuat sumbangan kepada dana PIBG sekolah.

09 September, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011!

Bacaan Surah Yassin dan Solat Hajat yang dikendalikan oleh pihak pengurusan sekolah pada malam semalam, 8 September 2011 merupakan usaha terakhir pihak sekolah dan ibu bapa untuk memberi perangsang dan bertawakkal atas usaha gigih para pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada 13 hingga 15 September ini.

AJK PIBG mendoakan kejayaan cemerlang kepada semua pelajar Tahun 6 2011. Ingatlah kepada segala tunjuk ajar guru dan ibu bapa dan berdoalah kepada Yang Maha Esa agar diberi kesihatan dan ketenangan semasa menjawab soalan.

Semoga Berjaya!SK Taman Putra Perdana 2 Boleh!!!

26 March, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 2

Sangat membanggakan! Seramai 227 ahli hadir pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi.

Tahniah! Kepada semua barisan AJK Ibu bapa 2011/2012 yang baru dilantik. Kesemua AJK lama dikekalkan dengan penggantian 2 orang muka baru.

Bagaimana pun, kesemua AJK Guru yang lama digantikan dengan AJK yang baru.

Tempoh perkhidmatan barisan AJK PIBG ini bermula dari hari ini, 26 Mac 2011 hingga ke satu tarikh pada bulan Mac 2012, iaitu tarikh di mana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 3 akan diadakan.

Senarai AJK PIBG 2011/12

Yang DiPertua : En. Mohd Afandi Hj. Awang Ngah (012 699 9016)

Naib Yang DiPertua : En. Mohd Faiz Mat Isa (019 210 4341)

Setiausaha (Guru) : Pn. Aqilah Mohd Puji (013 651 8260)

Bendahari (Guru) : Cik Nurhazwani Nordin (013 978 7578)

AJK (Ibu bapa);

1. En. Idris Hussain (019 278 4848)

2. En. Thevarajan (012 926 103)

3. Pn. Ramlah Che Kar (019 321 5819)

4. En. Mohd Saupe Hamat (012 669 6335)

5. En. Suhaidi Suhaimi (012 289 0232)

Juru Audit (Ibu bapa): En. Shaifol Azmi Osman (013 365 7720)


AJK (Guru);

1. Pn. Gayanthi

2. En. Ahmad Fikri

3. Pn. Lee Sau Mei

Juru Audit (Guru): En. Ahmad Ridzuan


Semua ibu bapa dan guru digalakkan memberi cadangan atau komen melalui laman blog ini, supaya tindakan susulan boleh dilakukan secara berkesan.

Ahli juga boleh menelefon terus atau sms kepada mana-mana AJK sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan hal-hal persatuan.

Antara cadangan aktiviti PIBG untuk tahun 2011;
1. Motivasi Pengawas
2. Hari Jalinan Mesra
3. Sambutan Hari Guru
4. Hari Anugerah
5. Hari Ko-kurikulum
6. Hari Usahawan
7. Perkhemahan Unit Beruniform
8. Majlis Tadarus Al-Quran
9. Majlis Khatam Al-Quran
10. Karnival Sukan
11. Solat Hajat Tahun 6 (Kali Ke 2)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

19 February, 2011

Mesyuarat PIBG 3

Sukan Sekolah 27 Feb

1. Tapak Gerai 15 buah
Pendaftaran RM0
Sewa RM50
Deposit RM30 (dikembalikan)
Depan Parkir Sekolah
Hubungi E. Shaifol
Sumbangan kepada pegawai sukan sekolah

2. Perasmian?
a) ADUN
b) Pegawai PPD


Mesyuarat Agung PIBG 27 Mac?

1. Surat untuk wakil DUN dan PPD
2. Laporan aktiviti PIBG diedarkan 2 minggu sebelum
3. Aturcara dikekalkan
4. Mesyuarat semak usul daripada ibu bapa seminggu sebelum Mesyuarat Agung
5. Kerusi anggaran 300 buah, Apandi, Shaifol recce
6. Makan minum RM3pax
7. Sumbangan kepada pelajar miskin tetapi cemerlang
8. Cenderamata?


Hal-hal lain

1. Rel langsir X 24 buah kelas?
2. Sumbangan jersi pegawai sukan jumlah RM1750?

03 January, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011! HAPPY NEW YEAR 2011!
Semoga tahun baru ini membakar semangat dan memperbaharui azam untuk melihat kecemerlangan pendidikan anak-anak kita, merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru serta melonjakkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada;

AJK PIBG 2010/2011