07 November, 2014

Jom ramai-ramai ke Karnival Usahawan SKTPP2!

Karnival Keusahawanan anjuran PIBG SKTPP2 2014

Tarikh: 8/11/2014 (Sabtu)
Masa : 8.00pg - 2.30ptg
Tempat: Perkarangan SKTPP2


Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival.
Pelbagai gerai jualan dan permainan akan diadakan sempena karnival tersebut.
Jom kita menjamu selera sambil menyaksikan anak-anak cilik SKTPP2.

08 September, 2014

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat kali ke-2 (UPSR)

Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan jayanya semoga semua calon UPSR 2014 SKTPP2 memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru dan ajk PIBG/KSIB yang hadir menjayakannya - En. Idris Hussain, YDP.

Gambar-gambar semasa majlis..


serta trofi kejayaan PIBG sekolah..

19 May, 2014

Gambar-gambar sekitar Program BOOST (Siri 1)

Basic hands-On Offerings in Science and Technology atau singkatannya, BOOST untuk ibu bapa SKTPP2!

Ramai ibu bapa yang terlepas peluang berseronok sambil menimba ilmu di dalam program BOOST anjuran PIBG ini. Kemungkinan ramai yang sibuk bekerja atau terlepas pandang peri pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa meluangkan masa bersama PIBG dan ibu bapa yang lain di sekolah.

Walau bagaimanapun, nantikan ulangan program BOOST pada masa terdekat dan rasailah kemeriahannya!



Apa kata mereka?

Saya berpendapat program BOOST ini..

"Sangat bagus, menarik!"

" Sangat membantu kepada ibu bapa berkongsi bersama anak-anak di rumah berbincang perkembangan tentang sains dan matematik"

"Pelajar lebih suka dengan pembelajaran dilakukan secara praktikal"

"Saya setuju untuk kebaikan anak-anak di SKTPP2. Bagi memupuk minat anak mempelajari sains dan matematik. Kita berkongsi minat anak-anak. Berbincang dengan guru-guru harus."

"Sangat bagus tapi mesti melibatkan semua ibu bapa. Maklumat tidak sampai kepada ramai ibu bapa."


Catatan daripada, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa - KSIB PIBG SKTPP2

16 May, 2014

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Menjadi contoh, mencurah ilmu,tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.

Justeru, PIBG Sk Taman Putra Perdana 2 mengambil kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,
Pada bahu kita ini…..
yang digelarkan cikgu
diletakkan seribu harap
oleh ibu bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.

Cikgu, pada bahu ini seorang cikgu
menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya
jiwa raga, semangat nurani, malah diri
diberikan untuk mendidik anak bangsa

dan di hari kejayaan si ibu berkata:
“Anak saya pintar dan rajin….
sebab itulah dia berjaya!”

Dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:
“Cikgunya malas-malas belaka …
tidak pandai mengajar….
lantas anak saya gagal!”

Cikgu, Tak apalah cikgu…….
semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru.

Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Anak-anak murid yang dikasihi,
Kerana anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar,

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.

Masa itu emas dan wang,
Walau sedikit jangan dibuang.

Masa berlalu terlalu pantas,
Orang yang lalai akan dicantas.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, PIBG ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?

Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.

Gurindam Guru Sejati
Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.
Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.
Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.
Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.
Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi. Hidup tidak selalu indah, tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.
“GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”
TERIMA KASIH CIKGU.

Ingatan tulus ikhlas daripada YDP, NYDP dan semua AJK PIBG 2014/15

14 May, 2014

Basic hands-On Offerings in Science and Technology (BOOST) untuk Ibu Bapa

Ibu bapa dan penjaga yang berkebolehan menarik minat anak-anak terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya amatlah penting. Walau bagaimanapun, ramai di antara kita yang kurang mahir mengenai topik-topik di dalam bidang sains dan teknologi. Apatah lagi dengan kesibukan masa bekerja ibu bapa maka peranan untuk memupuk minat anak-anak di dalam bidang kritikal ini kian menghakis.

Oleh sebab itu, program BOOST atau dikenali sebagai Basic hands-On Offerings in Science and Technology (for parents) diperkenalkan oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG SKTPP2.

Program BOOST ini akan memperkenalkan kepada ibu bapa mengenai kaedah-kaedah dan kefahaman tentang fenomena semulajadi alam sekeliling dan ciptaan manusia yang bersangkut-paut dengan sains dan teknologi.

Ibu bapa akan didedahkan kepada alatan ringkas dan mudah didapati di dalam kehidupan seharian bagi meneroka keajaiban sains dan teknologi secara santai dan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti secara interaktif ini akan membuatkan ibu bapa bertambah yakin untuk membimbing dan mendorong anak-anak mereka di dalam mata pelajaran kritikal seperti sains dan matematik.

Siri pertama BOOST akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTPP2


Tempat adalah terhad. Sila berhubung terus dengan En Mohd Faiz Mat Isa, 019-2104341, bagi mengesahkan penyertaan. Bayaran RM10 dibuat semasa aktiviti.

07 May, 2014

Sarana Ibu Bapa Pelajar Tahun 1


Jom! Sahut seruan Kementerian Pendidikan kita untuk memantapkan lagi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.

Sehubungan itu, semua ibu bapa pelajar tahun 1 dijemput menghadiri taklimat tersebut yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 10 Mei 2014 (Sabtu)
Masa: 9.00pg hingga 11.00pg
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

Terima kasih - YDP

Nota: Pada hari dan masa yang sama, aktiviti Merentas Desa dijalankan untuk semua pelajar tahun 3,4,5 dan 6. Oleh itu, mohon kerjasama ibu bapa yang hadir untuk taklimat Sarana, meletakkan kenderaan jauh daripada bahagian hadapan pintu masuk sekolah.

14 April, 2014

Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-5


Kepada ibu bapa dan penjaga yang tidak berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada 1 Mac 2014 yang lalu, bersama-sama ini dikepilkan minit tersebut;

Muat turun Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-5 2014

Sila berhubung terus dengan YDP atau mana-mana AJK PIBG sekiranya tuan/puan ingin memberikan cadangan atau sumbangan bagi memajukan aktiviti persatuan.

Terima kasih.

YDP, En Idris Hussain 019-2784848

04 March, 2014

Syabas dan tahniah Barisan AJK PIBG 2014/15!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru yang telah dilantik semasa Mesyuarat Agung ke-5 pada tanggal 1 Mac 2014 yang lalu, demi meneruskan momentum kecemerlangan sekolah.



Yang Di Pertua PIBG yang baru, En. Idris Bin Hussain, bersama-sama dengan gabungan mantap barisan AJK lama yang berpengalaman dan AJK baru yang penuh semangat ini dijangka akan menonjolkan pengurusan gaya baru yang akan melonjakkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Mantan Yang Di Pertua, En. Mohd Faiz Bin Mat Isa, akan terus menjadi Penaung dan menjalankan tugas bagi mencetus pelbagai aktiviti yang dapat merapatkan hubungan di antara ibu bapa, guru dan komuniti di sekitar Taman Putra Perdana.

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
SESI 2014/2015

Penasihat : En. Kamsani bin Sahlan

Yang Di Pertua : En. Idris bin Hussain - 019-2784848

Naib Yang Di Pertua : En. Mohammed Zikri bin Mohd Azmi - 019-2707509

Setiausaha Kehormat : Cik Noraini binti Yusoff
Naib Setiausaha Kehormat : En. Rosmadi bin Abd Manaf

Bendahari Kehormat : Pn. Siti Baizura binti Saarani

Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa) :
1) Pn. Hajah Che Maria binti Harun - 016-2026433
2) En. Shaifol Azmi bin Osman - 013-3657720
3) Pn. Mazamah binti Yeob - 012-3581202
4) Pn. Nooralinah binti Paijan - 012-3532713
5) En. Ananthakumar A/L Doraisamy - 012-6395022
6) En. En. Shariful Izam bin Haji Ahmad - 018-3502545
7) Pn. Nor Mala binti Mohd Salim - 019-2094672
8) Pn. Ruzni binti Kahar - 019-2188486
9) En. Naharanuar bin Ayob - 012-6946700
10) En. Mohd Faizal bin Kamil - 012-2207546
11) En. Sinnathevan a/l Nichathavan - 019-3596514
12) En. Mahadi bin Othman - 013-6196156

Ahli Jawatankuasa (Guru) :
1) Pn. Tuan Norhaleza binti Raja Muhammad
2) Pn. Nurul Ashikin binti Mohd Nor
3) En. Muhammad Nawawi bin Kandar
4) Cik Felicia Gatun

Juruaudit Dalaman:
1) Pn. Norfipah bt Mahmood (Ibu bapa) - 012-3250508
2) Pn. Azlimariah binti Ariffin (Guru)

25 February, 2014

Selamat bermesyuarat dan selamat mengundi!

Yang Berusaha barisan pentadbir sekolah, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru yang dikasihi, ibu dan bapa yang saya hormati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Telus dan Ikhlas Bermuafakat adalah slogan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kita yang baru. 2014 merupakan tahun kelima PIBG mengorak langkah bersama-sama dengan pihak sekolah bagi menaikkan imej sekolah dalam pelbagai bidang.

Saban tahun, bermacam-macam permasalahan telah ditangani dengan bijak dan pelbagai cabaran ditempuhi dengan penuh dedikasi.

Berkat pengurusan yang telus dan ikhlas bermuafakat yang ditunjukkan oleh barisan AJK PIBG yang dilantik ini maka PIBG kita telah dinobatkan sebagai PIBG Cemerlang Daerah Sepang 2013 dan antara sepuluh yang terbaik di negeri Selangor.

Bilik PIBG menjadi bukti fizikal kejayaan permuafakatan ini. Kesungguhan AJK PIBG membantu pihak sekolah seharusnya dicontohi oleh ibu bapa yang lain.

Berkat "telus", mengurus segala aktiviti dan kewangan dengan pihak sekolah dan komuniti, banyak agenda akademik, sahsiah dan kokurikulum anak-anak kita berada di tahap cemerlang tahun demi tahun.

Berkat "ikhlas bermuafakat", perkara yang susah menjadi mudah.

Saya berpendapat, PIBG kita sepatutnya mampu melonjak lebih jauh dan lebih tinggi lagi sekiranya setiap seorang daripada kita sebagai ibu atau bapa menanam sikap ambil tahu dan ambil peduli bukan sahaja tentang perkembangan anak kita semata-mata, malah anak orang lain, guru, pentadbir dan persekitaran sekolah yang kita sayangi ini.

PIBG kita mempunyai lebih daripada seribu orang ahli tetapi pengalaman dan rekod kita yang lalu menunjukkan kurang daripada dua puluh peratus menunjukkan kesungguhan, komitmen dan sikap ambil tahu, ambil peduli.

Siapakah guru yang mendidik anak saya?
Siapakah pentadbir sekolah?
Siapakah AJK PIBG yang perlu saya temui untuk berbicara?
Bagaimanakah keadaan kelas anak saya belajar?
Cukupkah bahan bacaan di dalam Pusat Sumber sekolah?
Selesakah tempat guru-guru bekerja?
Berapakah jumlah masa dalam setahun yang lalu saya berada di sekolah?

Sesibuk mana sekali pun, luangkanlah masa kita di sekolah, bersama anak, anak rakan dan jiran kita, guru, pentadbir dan AJK PIBG di dalam segala aktiviti yang dilaksanakan.

Memberi usul dan cadangan memanglah baik dan dialu-alukan tetapi lebih molek membantu untuk melaksanakannya bersama-sama. Katakan, apa yang saya boleh bantu? Apa yang saya boleh bantu?

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK PIBG 2013/14, ibu, bapa dan pihak komuniti yang telah menyumbangkan tenaga dan kewangan sepanjang tahun 2013. Semoga Allah memberkati segala usaha dan sumbangan yang tuan dan puan hulurkan.

Akhir kata, pilihlah calon-calon yang anda fikir sesuai dan komited untuk terus meneraju persatuan kita ini bagi penggal 2014/15, dan berikanlah sokongan dan bantuan anda yang tidak berbelah bagi.

Selamat bermesyuarat.

MOHD FAIZ BIN MAT ISA
Yang Di Pertua
PIBG SKTPP2 2013/14

18 February, 2014

Sesi Teh Tarik 2

Ibu bapa dan guru dijemput ke sesi Teh Tarik 2, berkonsepkan santai sambil berkongsi ilmu yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 22 Februari 2014 (Sabtu)
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTPP2
Masa: 10.00 pagi




Sekiranya, nak bawa 'potluck' amatlah dialu-alukan.

YDP

14 February, 2014

Teh Tarik Talk..nasib engkaulah minyak!

Ibu bapa dan guru dijemput ke sesi Teh Tarik tersebut yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Februari 2014 (Sabtu)
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTPP2
Masa: 10.00 pagi




Sesi teh tarik berkonsepkan suasana santai ini akan mengketengahkan perihal asal-usul petroleum, teknologi dan masa hadapan industri minyak dan gas melalui pendekatan yang mudah difahami.

Datanglah beramai-ramai untuk menimba ilmu - YDP

23 January, 2014

Bayaran PIBG 2014

Pihak pengurusan sekolah dengan sokongan AJK PIBG telah menetapkan kutipan bayaran PIBG 2014 diuruskan oleh kerani pejabat dan bukan lagi diuruskan oleh guru kelas.

Kaedah ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan kerja perkeranian guru-guru kelas supaya masa yang lebih dapat ditumpukan kepada pembelajaran anak-anak kita.

Ibu bapa atau penjaga boleh mula membuat bayaran RM30 tersebut mulai sekarang di pejabat sekolah SKTPP2.

Harap maklum dan terima kasih kepada yang telah melunaskan tanggungjawab anda - YDP

20 January, 2014

Memupuk minat membaca ala-Malaysia

Kebelakangan ini, kita dapat rasakan minat membaca buku di kalangan anak-anak kita kian merosot. Apa tidaknya, keseronokan menonton televisyen,berinternet dan bersms seakan-akan menjadi trend dan budaya masa kini.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita harus sedar bahawa ledakan teknologi maklumat dan media eletronik ini hendaklah diseimbangkan dengan memupuk minat anak-anak kita supaya rajin membaca buku.

Anak-anak di negara yang maju seperti di Finland, Jepun dan Korea malah di negara China sekali pun telah dipupuk minat membaca seawal usia muda mereka walau pun dikelilingi dengan teknologi yang serba canggih dan moden.

Si kecil ini akan membaca dan membelek apa sahaja bahan bacaan semasa mereka berada di dalam bas, tren dan di tempat-tempat awam.

Melalui program NILAM, sekolah kita juga ingin melihat budaya membaca ini terus dipupuk dan berkembang pesat. Kekangannya ialah kurangnya koleksi buku di sekolah.

Saya menyeru semua ibu bapa untuk tampil memberi sumbangan buku cerita baru atau terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada pihak sekolah.

Sumbangan boleh terus disalurkan ke pejabat sekolah atau Pusat Sumber Sekolah atau kepada guru kelas anak-anak kita, mulai 3 Februari 2014.

Semoga sumbangan buku yang anda hulurkan diberkati Allah dan memberi manfaat yang besar kepada perkembangan pembelajaran anak-anak di SKTPP2.

Terima kasih...YDP

13 January, 2014

Mendidik cara rasulullah saw...

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat sktpp2!



Berapa ramaikah anak baginda rasulullah saw?

Bagaimanakah cara yang dipraktikkan oleh baginda untuk mendidik anak?

Tonton klip petikan TV Alhijrah...Klik Sini

Untuk ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun 6 khususnya, tips dan panduan secara sistematik memantau perkembangan pelajaran anak-anak boleh di dapati di dalam laman web ini - Rujuk Buku Panduan Ibu Bapa - YDP

02 January, 2014

Adakah anda atau anak anda Disleksik?

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga sekolah SKTPP2 dan selamat menyambut tahun baru 2014.

Semoga tahun ini, kita semua beriltizam untuk bertambah maju dalam semua aspek dari tahun sebelumnya.

Semasa cuti yang lalu, terlintas di fikiran saya bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran guru dan ibu bapa bagi menanggani permasalahan anak-anak kita dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Salah satu sindrom yang mungkin biasa kita dengar ialah kesukaran anak kita membaca, mengeja dan menulis diperingkat awal persekolahan.

Apakah kebarangkalian bahawa populasi sekolah kita mempunyai anak-anak sedemikian?

Kajian menunjukkan lebih kurang 10% daripada populasi pelajar berkemungkinan mengalami sindrom sukar membaca yang dikenali sebagai Disleksia. Ini bermakna sekiranya sekolah kita mempunyai 1,700 orang pelajar maka berkemungkinan 170 orang daripadanya adalah Disleksik!

Apakah itu Disleksia? Ingin ketahui lebih lanjut mengenainya? Hubungi saya...

YDP