06 October, 2011

Karnival Keusahawanan SKTPP2 2011

Apa tunggu lagi?

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba - KARNIVAL KEUSAHAWANAN !!

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan suasana aktiviti; perhatikan bagaimana anak anda berniaga atau pun tawar menawar sewaktu membeli. Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik disajikan seperti Rumah Hantu, Taman Arnab, Paintball, Karaoke, Golfing, Aneka makanan/minuman, Cabutan Bertuah dan ...bak kata orang, macam-macam ada!

9 Oktober 2011 (Ahad)
8.00 pagi hingga 3.00 petang
SKTPP 2


Semua urusan jual-beli menggunakan kupon khas. Kupon boleh dibeli semasa karnival.

Berbelanjalah sambil membuat sumbangan kepada dana PIBG sekolah.