09 September, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011!

Bacaan Surah Yassin dan Solat Hajat yang dikendalikan oleh pihak pengurusan sekolah pada malam semalam, 8 September 2011 merupakan usaha terakhir pihak sekolah dan ibu bapa untuk memberi perangsang dan bertawakkal atas usaha gigih para pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada 13 hingga 15 September ini.

AJK PIBG mendoakan kejayaan cemerlang kepada semua pelajar Tahun 6 2011. Ingatlah kepada segala tunjuk ajar guru dan ibu bapa dan berdoalah kepada Yang Maha Esa agar diberi kesihatan dan ketenangan semasa menjawab soalan.

Semoga Berjaya!SK Taman Putra Perdana 2 Boleh!!!

No comments: