20 February, 2012

AJK PIBG 2012/2013

Mesyuarat Agong PIBG SKTPP 2 kali ke-3 yang diadakan pada 18 Februari 2012 yang lalu, telah sebulat suara melantik AJK PIBG yang baru untuk sesi 2012/2013.

Harapan semua ahli PIBG yang hadir agar barisan AJK PIBG yang baru ini akan meneruskan usaha murni AJK PIBG yang lama serta menambahbaik segala aktiviti yang dirancangkan demi kecemerlangan murid, sekolah dan warganya.

Tahniah diucapkan kepada semua ibu, bapa dan guru yang dilantik mewakili warga PIBG. Berikut adalah senarai penuh barisan AJK yang baru:

Ahli Jawatankuasa PIBG SKTPP 2
Sesi 2012/2013


Yang Dipertua : En. Mohd Faiz Bin Mat Isa (019-2104341)
Naib Yang DiPertua : En. Amerol Hamzah Bin Said (016-2630191)
Setiausaha Kehormat : Cik Noraini Binti Yusoff (014-8021329)
Bendahari Kehormat : Pn. Siti Baizura Binti Saarani

AJK PIBG (Ibu bapa):
1. En. Hussein Bin Sulaiman (014-2346010)
2. En. Norhisham Bin Ibrahim (012-9777973)
3. En. Zulkarnain Bin Othman (013-3911821)
4. Pn. Che Maria Binti Harun (016-2026433)
5. En. Shaifol Azmi Bin Osman (013-3657720)

AJK PIBG (Guru):
1. Pn. Tuan Norhaleza Binti Raja Muhammad
2. Pn. Zulastri Binti Mohd Zahidi
3. Cik Margaret Ann A/P Arputham
4. En. Rosmadi Bin Abd Manaf
5. En. Mohd Kamarulzaman Bin Ab. Ghani

Juruaudit (Ibu bapa) : Pn. Azlimariah Binti Ariffin
Juruaudit (Guru) : En. Hamidon Bin Haji Kaswan

8 comments:

Mohd Afandi Bin Haji Awang Ngah said...

Terima kasih kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik, sy sebagai mantan YDP mengharapkan agar penambahbaikan sekolah diteruskan.

Mohd Afandi Bin Haji Awang Ngah said...

Saya difahamkan malam tadi bilik komputer sekolah diceroboh dan salah satu set komputer telah hilang, perkara tersebut telah berlaku sekitar 5:45 pg tadi.Apa yang dipaparkan dicctv menunjukkan seorang lelaki telah masuk didalam bilik berkenaan.
Saya mencadangkan supaya security lebih kerap membuat rondaan disetiap bilik dibangunan sekolah terutama dibilik-bilik yang banyak mempunyai barang-barang yang berharga.

biodynamic said...

Berdasarkan pengalaman saya sebagai AJK PIBG, Mesyuarat Agung tahunan merupakan masa yang terbaik bagi ibu bapa memberi pandangan, cadangan serta membantu meningkatkan imej dan prestasi sekolah. Bagi para AJK tentunya ini masa untuk menilai sejauh mana usaha yang dilakukan memberikan hasil yang diharapkan dan diterima oleh para ibubapa dan guru.

Janganlah hendak dihentam sana dan sini AJK PIBGnya. Bila cerita pasal program selalunya agak senyap. Tapi bila hal kewangan, timbul macam-macam cerita. Malah pernah saya berpengalaman dalam Mesyuarat Agung PIBG, hampir hendak dibatalkan dan diadakan semula kerana laporan kewangannya dikatakan tidak ikut standard perakaunan, tidak betul dan mengelirukan. Maklumlah di kawasan yang dikatakan elit.

Memang berat tugas AJK PIBG, khususnya kalau melibatkan soal menambah kewangan dan banyak program PIBG hendak adakan.Bayangkan dengan yuran RM20 setahun,cukupke untuk aktiviti tahunannya ? Tapi nampaknya sekolah telah ok kemudahan fisikalnya. Hanya perlukan sokongan dan penglibatan ibubapa dan meningkatkan pencapaian muridnya.

Kalau sekolah di tempat saya dulu, yuran PIBG macam-macam hendak digunakan. Itulah untuk buat garage, baiki pagar dan pelbagai kerosakan. Terpaksa PIBG usaha keras cari duit. Banyak aktiviti boleh dilakukan tapi saya tidak pasti sama ada praktikal untuk menambahbaikpulih sekolah yang baru berusia 3 tahun.

Selalunya kita agak sukar nak menghulurkan derma atau berkorban sedikit wang ringgit untuk kemajuan sekolah anak-anak sendiri. Masih nak mengharapkan jua bantuan kerajaan. Pernah sekolah di tempat saya, macam nak berperang dibahaskan isu nak naikkan yuran PIBG dari RM20 kepada RM30 setahun. Dalam hal sumbangan untuk pendidikan anak-anak, kita kena contohi orang Cina yang sanggup menyumbang dan berkorban mengeluarkan wang ringgit demi pendidikan anak-anak mereka. Sekolah asrama anak-anak kawan saya yuran tahunan PIBGnya tidak kurang RM100.

Harta kita yang sebenarnya ialah yang dapat membantu kita di akhirat nanti. Bukan sebanyak mana tersimpan dalam poket atau simpanan kita. Banyakkan menderma dan bersedeqah kearah kebaikan sebagai saham akhirat kita yang berpanjangan. Duit yang ada dalam poket atau bag tangan kita tu belum tentu milik kita. Entah-entah kejap lagi habis kat kedai beli itu dan ini. Atau buat belanja ngeteh kat warong mana.

Tahniah kepada hadirin hadirat yang dapat hadir pada mesyuarat Agong minggu lepas. Hadir demi kemajuan sekolah dan pendidikan anak-anak di sini. Mungkin ada yang terpaksa mengorbankan masa .Tahniah juga kepada barisan AJK yang baru di ketuai YDP En.Mohd.Faiz dan syabas diucapkan kepada YDP yang lepas En.Mohd.Affendi dan barisan AJKnya yang menjalan tugas dengan telus.Diharapkan AJK yang baru dilantik dapat memberi komitmen sepenuhnya dengan amanah yang diberikan.

Share with Hisham said...

Terima kasih atas pandangan, info dan nasihat drp mantan YDP & Biodynaic. Kami amat mengalu2 kan pandangan, info dan nasihat sebegini. Insya Allah kami akan cuba yg terbaik utk memperbaiki dan menambah lagi aktiviti2 bermanfaat utk anak2 kita. Saya rasa belum terlambat utk mengucapkan ribuan terima kasih atas memberi kami mandat utk mentadbir PIBG utk tahun ini. Insya Allah kami akan mencuba sebaik mungkin.

Mohd Afandi Bin Haji Awang Ngah said...

Terima kasih kepada En.Faiz yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan satu platform untuk kemudahan ibubapa bertukar-tukar maklumat..tetapi malang sekali saya dapati hanya segelintir sahaja mengikuti perkembangan blog ini..saya mencadangkan agar semua Ajk yang dilantik mengikuti perkembangan blog ini.. bukan hanya YDP sahaja..

Mohd Afandi Bin Haji Awang Ngah said...

Saya sebagai Mantan YDP mengharapkan AJK yang dilantik berkerja kuat dalam merealisasikan hasrat ibubapa kearah kecemerlangan pelajar. Apa yang saya dapati semasa saya menerajui PIBG,setiap kali mesyuarat mesti ada permintaan daripada pihak sekolah,,terlalu banyak sumbangan perlu diberikan sehingga apa yang kita perlu laksanakan tidak kesampaian.

Mohd Afandi Bin Haji Awang Ngah said...

Jelas apa yang diceritakan oleh biodynamic...ramai yang menghentam daripada yang memberi idea..tidak berfikiran positif dan tidak profesional.Isu yang dibangkitkan banyak kepada dendam dan ketidakpuasan... tetapi yang banyak mengkritik sudah berada dalam AJK 2012 (En.Hussin b Sulaiman,En.Amirul dan En.Zulkarnain) pengkritik hebat semasa Mesyuarat Agung yang lepas mengenai isu membawa Pelajar 5A ke Langkawi...bagi saya itu satu titik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berjaya.

Zulkarnain said...

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kepada para barisan AJK yg lalu utk sesi 2010/2011 terutama kepada mantan YDP, En. Afandi, saya ucapkan terima kasih di atas peranan dan tugas yang telah dilaksanakan sepanjang sesi 2010/2011. Tersenyum saya sendiri bila En. Afandi mengatakan saya salah seorang PENGKRITIK HEBAT semasa mesyuarat agung. Isu ttg lawatan ke langkawi itu, pada masa mesyuarat agung yg lalu, rasanya saya TIDAK MENGKRITIK tetapi sekadar MEMOHON utk mendapatkan PENJELASAN ttg perbelanjaan ke sana yg didapati hampir RM10K. Sebab anggaran kasar saya pemergian utk 20 org, seingat apa yg saya nyatakan lebih kurang RM5K. Nilai hampir RM10K ini telah melibatkan hampir 30% dari wang tabung PIBG yg ada untuk sesi 2010/2011.(mohon maaflah jika saya tersilap membuat anggaran). Dan saya TIDAK mengatakan tidak wajar untuk kita meraikan pelajar yang cemerlang dengan mengadakan lawatan TETAPI saya telah mencadangkan pada masa mesyuarat tersebut adalah lebih BAIK dan WAJAR jika pelajar yang cemerlang diberikan saguhati berupa wang ringgit, cthnya RM300. Wang ini bukan sahaja boleh membantu pelajar tersebut untuk memasuki ke alam sekolah menengah, tetapi secara tidak langsung dapat meringankan bebanan kewangan perbelanjaan persediaan persekolahan ibu bapa pelajar tersebut. Apa yang telah saya utarakan pada mesyuarat tersebut adalah MEMOHON PERJELASAN tentang perbelanjaan dan saya turut telah mencadangkan tentang pemberian berupa wang saguhati kepada pelajar cemerlang UPSR. Bagi pihak saya sendiri, TIADA apa untuk didendamkan dan ketidakpuasan TETAPI hanya sekadar untuk mendapatkan PENJELASAN dan memberi PANDANGAN pada mesyuarat tersebut. Harap maklum.