14 May, 2012

Selamat Hari Guru! Cikgu...

Mungkin kita semua boleh mengimbas kembali detik-detik manis semasa zaman persekolahan dahulu. Mungkin kita pernah dirotan, dicubit dan tidak kurang juga dipuji, di beri hadiah dan sebagainya. Biar apa pun, yang pastinya, tanpa mereka kita tidaklah mampu mencapai tahap seperti yang kita kecapi sekarang ini. Selamat Hari Guru! Cikgu...



Guru juga manusia biasa seperti kita yang mempunyai perasaan dan emosi serta tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, dewasa ini bidang perguruan semakin mencabar kewibawaan guru. Mereka terpaksa menangani setiap bebanan dan permasalahan kerja dan pada masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian terhadap kecemerlangan anak didik mereka dengan lebih berhati-hati dan profesional. Silap sahaja langkah, maka ia akan mengundang pelbagai prasangka.

Sebaliknya, kita sebagai ibu bapa perlulah menghormati, memberi ruang dan peluang kepada guru untuk mengasah bakat anak-anak kita hingga berjaya. Pada masa yang sama, kita haruslah membudayakan sikap keterbukaan dan selalu berjumpa dengan guru-guru bagi menjayakan setiap aspirasi dan aktiviti sekolah. Hanya dengan terjalinnya hubungan kemesraan ini, secara tidak langsung akan mendorong anak-anak kita untuk menimba ilmu pengetahuan dan bersemangat ke sekolah.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Hari yang penuh makna ini,PIBG buat pertama kalinya mewujudkan Anugerah PIBG - Guru Paling Popular kategori Lelaki dan Perempuan untuk kedua-dua sesi pagi dan petang. Semua pelajar diberi peluang mencalonkan guru paling popular mereka dan keputusan hanya akan diketahui pada 16 Mei 2012.

Sempena Hari Guru 16 Mei ini, saya mewakili semua ibu bapa dan penjaga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Taman Putra Perdana 2. Semoga perjuangan dan pengorbanan cikgu-cikgu akan sentiasa diberkati Allah swt. Berinovatiflah, agar pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang cikgu laksanakan, sentiasa mendapat perhatian pelajar dan menaikkan nama sekolah kita, insyaAllah.

YDP & AJK PIBG 2012/13

3 comments:

cahayamataku said...

Terima kasih atas ucapan dan sumbangan yang diberikan. Kami amat hargai.
Semua AJK PIBG dijemput memeriahkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei ini.

Adorable Adam said...

Kepada warga pendidik SKTPP2

Tabahkan hati dan Cekalkan diri dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan dalam Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Selamat Hari Guru. Semoga sukses dalam kerjaya.

cahayamataku said...

Anugerah guru popular yang dicetuskan oleh pibg mencipta fenomena tersendiri.Murid berpeluang mengundi guru yang disukai dan guru teruja dengan keputusan yang dibuat oleh murid. Keputusan sudah diterima. Tahniah kepada guru yang menang, anda paling mendapat tempat dihati murid.

Terima kasih kepada
NYDP: En.Amerol Hamzah dan
AJK: Pn Che Maria
kerana dapat hadir ke majlis sambutan hari guru.