02 January, 2013

Selamat Tahun Baru 2013!

Barisan AJK PIBG mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga pendidik, ibu bapa dan murid SKTPP2. Semoga 2013 ini lebih cemerlang daripada tahun sebelumnya.

Tahun 2012 menyaksikan 20 orang murid kita mendapat 5A dalam UPSR berbanding dengan 14 orang murid pada tahun 2011.Kecemerlangan dalam bidang sukan dan ko-kurikulum 2012 juga telah melonjakkan lagi nama SKTPP2. Tahniah buat semua!

Pada tahun ini, SKTPP2 akan diterajui oleh Guru Besar yang baru menggantikan Cikgu Zohri Bin Saluki. Bersama-samalah kita memberikan sokongan dan kerjasama kepada kepimpinan beliau.

Kepada semua murid tahun 1 2013, selamat menempuh alam persekolahan!

Kepada ibu bapa yang baru menjadi warga SKTPP2, berilah kerjasama dan libatkan diri anda di dalam mana-mana aktiviti anjuran sekolah dan PIBG!
,
Kepada semua guru baru SKTPP2, selamat datang dan curahkanlah bakti dengan seikhlas hati!

Buat julung kalinya, SKTPP2 bersama dengan PIBG akan menjadi hos kepada majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat Taman Putra Perdana. Majlis yang akan diserikan dengan perarakan, persembahan nasyid dan qasidah serta ceramah ini dijangkakan berlangsung pada 3 Februari 2013. Semua dijemput hadir!

Tanamkan Azam, SELAMAT TAHUN BARU 2013!

5 comments:

Anonymous said...

As Salam...buat warga SKTPP2 & PIBG.
Bermulanya 2013 adalah lembaran terbaru utk keluarga saya dimana anak saya yg pertama mula bersekolah.....kami suami isteri amat teruja kerana anak saya berpeluang bersekolah di sekolah yg cantik dan mempunyai imej akademik & sukan yg hebat...Namun ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian : 1. Harga makanan dan kuantiti makanan tak sepadan.Sepinggan mee berharga RM2/- namun kuantiti makanan amat sedikit....tak setimpal dgn harga. 2.Pengurusan jual beli makanan di kantin murid-murid huru hara sehingga ada yg tak dapat makanan....dan ada juga yg tidak dapat makan kerana tumpah.3. Tempias hujan di kawasan kantin juga mengggangu anak-anak utk makan dlm keadaan yg tidak selesa. Ini adalah perkara2 yg perlu kita sama_-sama cuba selesaikan untuk kebaikan anak-anak kita,sekolah dan negara.ini apa yg saya pandang dari sudut ibubapa yg menpunyai anak di tahun 1 sahaja.Bagaimana dgn ibubapa yg mempunyai ramai anak?Semoga anak-anak kita dapat belajar dalam suasana yg selesa...inasyaallah.

Anonymous said...

As Salam...buat warga SKTPP2 & PIBG.
Bermulanya 2013 adalah lembaran terbaru utk keluarga saya dimana anak saya yg pertama mula bersekolah.....kami suami isteri amat teruja kerana anak saya berpeluang bersekolah di sekolah yg cantik dan mempunyai imej akademik & sukan yg hebat...Namun ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian : 1. Harga makanan dan kuantiti makanan tak sepadan.Sepinggan mee berharga RM1/- namun kuantiti makanan amat sedikit....tak setimpal dgn harga. 2.Pengurusan jual beli makanan di kantin murid-murid huru hara sehingga ada yg tak dapat makanan....dan ada juga yg tidak dapat makan kerana tumpah.3. Tempias hujan di kawasan kantin juga mengggangu anak-anak utk makan dlm keadaan yg tidak selesa. Ini adalah perkara2 yg perlu kita sama_-sama cuba selesaikan untuk kebaikan anak-anak kita,sekolah dan negara.ini apa yg saya pandang dari sudut ibubapa yg menpunyai anak di tahun 1 sahaja.Bagaimana dgn ibubapa yg mempunyai ramai anak?Semoga anak-anak kita dapat belajar dalam suasana yg selesa...inasyaallah.

Anonymous said...

Salam.. mungkin sekolah boleh membina laluan/lorong berbumbung ke luar sekolah bagi murid agar tdak basah kena hujan smasa pergi dan balik sekolah

Anonymous said...

Dear School Mgmt....

Just adding to the comments earlier.. I agree that the school must do something with regards to the path going towards outside coz if its raining the kids will be wet and they will fall sick. Also consider to do the same at the canteen area as when I came last week on the first day it was raining and my daughter was wet. Please consider to do something to make a better environment for the kids.. Other than that my daughter is happy with your school environment and the teachers.... Thank you.

Anonymous said...

Salam,

Perkara diatas adalah dirujuk. Saya memang sokong apa yang diluahkan oleh para parents diatas. Masalah yang sama juga terjadi kepada anak saya kena hujan dan demam mungkin itu kejadian semulajadi yang kita tidak dapat mengatasinya kalau nak mengatasinya pun mungkin boleh dicadangakn untuk membina bumbung berjalan kaki dan akan mengambil masa dan juga kos.
2. Tetapi KANTIN SEKOLAH dalah Imej yang paling penting sekolah dan hendaklah dijaga dimana tempat anak-anak nak makan dan rehat memang masalah yang serius dengan tiada sistem untuk anak2 mengambil makanan/minuman, kebersihan, risiko kecederaan dll, sbb anak saya bukan tahun pertama disekolah ini dan diatas pengalaman, saya mencadangkan untuk pihak sekolah membuat satu sistem dimana dibuka kiosk bagi setiap makanan berbentuk gerai supaya kanak2 boleh buat pilihan makanan yang hendak dibeli dan akan ke kiosk tersebut dan tidak berebut-rebut. Cth:-Nasi Lemak - 1 Kiosk, Burger - 1 kiosk dll. Mohon kepada pihak pengurusan sekolah supaya mengambil perhatian didalam perkara ini kerana kanak2sekarang bersekolah dari pagi hingga petang memang tiada masa untuk makan dan rehat kecuali masa rehat disekolah. Diharap Cadangan saya ini dipertimbangkan untuk kebaikan kita semua.Sekian, terima kasih.