
Anak-anak di negara yang maju seperti di Finland, Jepun dan Korea malah di negara China sekali pun telah dipupuk minat membaca seawal usia muda mereka walau pun dikelilingi dengan teknologi yang serba canggih dan moden.
Si kecil ini akan membaca dan membelek apa sahaja bahan bacaan semasa mereka berada di dalam bas, tren dan di tempat-tempat awam.
Melalui program NILAM, sekolah kita juga ingin melihat budaya membaca ini terus dipupuk dan berkembang pesat. Kekangannya ialah kurangnya koleksi buku di sekolah.
Saya menyeru semua ibu bapa untuk tampil memberi sumbangan buku cerita baru atau terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada pihak sekolah.
Sumbangan boleh terus disalurkan ke pejabat sekolah atau Pusat Sumber Sekolah atau kepada guru kelas anak-anak kita, mulai 3 Februari 2014.
Semoga sumbangan buku yang anda hulurkan diberkati Allah dan memberi manfaat yang besar kepada perkembangan pembelajaran anak-anak di SKTPP2.
Terima kasih...YDP
No comments:
Post a Comment