14 May, 2013

Ibu Bapa Pelajar Tahun 1 Yang Prihatin...

Pada 11 Mei yang lalu, lebih daripda 100 orang ibu bapa pelajar Tahun 1 telah menghadiri taklimat berkenaan Sarana dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Semangat dan kegigihan ibu bapa seperti ini perlu di contohi oleh ibu bapa yang lain.
Sesibuk mana sekali pun kita menjalani tugas harian, luangkanlah masa untuk pendidikan anak-anak kita - YDP

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,
Saya merupakan ibu kepada 3 orang murid di SKTPP(2). Masing-masing Tahun 6, 3 dan 1. Pada perhimpunan sekolah hari isnin baru-baru ni, anak saya yang Tahun 1 mengadu tangan dia merah-merah dan dia duduk di atas beg sekolah sepanjang perhimpunan berlangsung. Peluh tak payah cakap la..sampai basah baju. Bila saya tny kenapa, dia kata lantai panas sangat la mama.. Rupa-rupanya dia tak tahan panas simen tu.. dgn keadaan cuaca sekarang ini yang kalau panas, panas terik.. Dalam hati saya kesiannya.. kalau anak saya boleh rasa gitu, rasanya anak2 yang lain pun tentu merasa yang sama. Jadi di sini saya ingin menyeru pihak pentadbiran sekolah untuk memikirkan langkah alternatif jika perhimpunan hendak diadakan dalam keadaan cuaca yang melampau. Mungkin perhimpunan boleh diringkaskan supaya tidak mengambil masa yang lama.

Siti Hanim binti Sungit said...

InsyaAllah saya akan panjangkan kepada PK Petang.

Sekian, terima kasih.