16 May, 2013

Terima kasih, Cikgu!

Guru Malaysia: IAspirasi 1Agenda..PIBG mengucapkan Selamat Hari Guru yang ke-42 kepada semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Putra Perdana 2.

Semoga segala ilmu dan bakti yang telah dicurahkan diberkati Allah sentiasa. Teruskan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi, diiringi dengan doa semoga cikgu sihat dan tenang menjalankan tugas.

4 comments:

Anonymous said...

Selamat hari guru kepada semua warga pendidik sktpp2....
Assalamualaikum,
Tujuan saya menulis ini bukan bertujuan untuk mencari Salah Dan Silap sesiapa cuma ingin bertanya bagaimana Usaha pihak sekolah dalam memantau pengajaran Dan pembelajaran di dalam Kelas.....menurut pemerhatian dan dari murid2 sendiri .....terdapat murid2/kelas2 tahun 6 yg langsung tak di masuki guru atau mengajar..!Alasan..??kursus...??sakit...??atau terlupa..??...malas sebab Kelas hujung..??....minta jasa baik pihak PIBG Dan Pentadbiran sekolah ambik perhatian Dan tindakan sewajarnya...Jangan lah kita Hanya tumpukan pada murid sasaran 5A Sahaja.....bagaimana dgn yg lain....ini amat2 tidak adil.....kita patut berusaha agar semua murid tahun 6 berjaya men dapat 5A......tkasih.

Anonymous said...

Still no response?tidor ka org2 kat sekolah ni?

Anonymous said...

Terima kasih atas keprihatinan.
Untuk makluman tuan, memang saya sendiri sebagai PK Pentadbiran ada membuat rondaan ke kelas-kelas. Semasa rondaan memang ada guru dalam kelas.
Jika tidak keberatan sila jumpa saya untuk saya buat tindakan susulan siapakah gerangan guru tersebut.
Walau bagaimanapun, saya akan panjangkan aduan tuan dalam perjumpaan saya dengan guru-guru Tahun 6 dan saya akan buat'crosscheck' dengan murid-murid tentang aduan tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pn. Siti Hanim binti Sungit
PK Pentadbiran
SK Taman Putra Perdana 2

Anonymous said...

Tkasih cikgu Siti......noted.